Wednesday 4 April 2012

hadith-hadith 2






KALIMAH ALLAH

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : apa sahaja amalan baik yang kita lakukan hendaklah dengan niat kerana Allah Taala.



DUA KALIMAH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Dua kalimah yang ringan dilisan, berat di mizan, disukai oleh al-Rahman; Maha Suci Allah
dan segala puji-pujian untuk-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )   
pengajaran : sentiasalah menyebut dan memuji Allah. dengan cara itu, akan mengingatkan kita untuk melakukan amalan yang baik dan menjauhi larangan-Nya.



ILMU ITU WAJIB

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."
( riwayat Ibn Majah & Abu Ya'la )
pengajaran : kita digalakkan menuntut ilmu walau di mana jua kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.



SIFAT LEMAH LEMBUT

Daripada Aisyah r.ah., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah menyuki sifat lemah lembut pada setiap perkara. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : sifat lemah lembut, berbudi bahasa, merendah diri dalam perkara-perkara tertentu akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama muslim.



ORANG GAGAH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Bukanlah orang gagah itu orang yang kuat bertinju. Akan tetapi, prang yang gagah ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. "
( riwayat al-Bukhari  & Muslim )
pengajaran : kawallah kemarahan dengan sifat sabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.


UTUSAN ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat. "
( riwayat Muslim )
pengajaran : kehidupan kita sentiasa tenang apabila kita berpegang kuat kepada ganjaran Islam yang berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.




DOA ORANG DIZALIMI

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah. "
( riwayat al-Bukhari )
pengajaran : usahlah kita menzalimi dan menganiaya sesama makhluk.




MEREDAKAN DEMAM

Daripada Aisyah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya demam adalah daripada bahang neraka, maka sejukkanlah dengan air. " 
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : demam boleh membuatkan penghidapnya bermuhasabah dan mengingati mati, yang mana ia baik untuk mempertingkatkan ibadah.



PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah. "
( riwayat al-Tirmizi )
pengajaran : kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yang lebih berupaya dan berharta. Masing-masing ada rezeki tersendiri. 



BERJALAN DI DALAM GELAP

Daripada Buraidah bin al-Aslami r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid,
dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat. "
( riwayat Abu Daud & al-Tirmizi )
pengajaran : ganjaran kepada orng yang menunaikan solat berjemaah di masjid amatlah tinggi nilainya. Sia-sia bagi sesiapa yang mengambil mudah tentangnya.



UJIAN KAUM LELAKI

Daripada Usamah bin Zaid r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Aku tidak meninggalkan selepasku satu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita. " 
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : godaan yang membawa kepada kehancuran iman bagi seseorang lelaki ialah godaan daripada seorang wanita.



PEMUSNAH SIFAT BAIK

Daripada Jabir r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya sifat bakhil dan haloba memusnahkan golongan yang sebelum kamu. Ianya mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan perkara yang diharamkan. "
(riwayat Muslim )
pengajaran : mata dan hati kita akan di dustakan dengan harta yang banyak. Sekiranya kita tidak beringat, harta yang banyak akan membawa kepada kekufuran.



BERGANTUNG KEPADA MANUSIA

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi. "
( riwayat al-Haithami )
pengajaran : usahlah kita hanya mengharapkan bantuan sesama manusia dengan mengenepikan usaha sendiri. Yang utamanya, kita mesti berusaha, kemudian berdoa, yang disertakan dengan tawakkal.



GOLONGAN YANG DIBENCI

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bernaksud :
" Tiga golongan yang tidak dipandang oleh Allah pada hari kiamat ; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya. "
( riwayat al-Hakim )
pengajaran : untuk menjadi orang yang beriman, elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah Taala.



 PEMUSNAH KELAZATAN

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan ( mati ). "
( riwayat al-Tirmizi & al-Nasa'i )
pengajaran : mengingati mati bermakna mengingati berakhirnya amalan di dunia. Dengan mengingati mati maka usaha ke arah kebaikan akan berlipat kali ganda.



MOHON PERLINDUNGAN

Daripada Muaz bin Jabal r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada ketamakan yang menjadi tabiat. "
( riwayat Ahmad & al-Hakim )
pengajaran : sifat tamak merupakan sifat seorang yang gagal mengawal nafsu hati, walaupun berjaya pada lahiriah. Kerana sifat tamak berkait rapat dengan sifat syaitan.



MUSLIM ADALAH BERSAUDARA

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : tidak menyakiti, membenci, menuduh sesama kita dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.



DUA JENIS MATA

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam mengawal jalan Allah. "
( riwayat al-Tirmizi )
pengajaran : menjadi suatu yang tercela apabila menangis beserta raungan yang kuat kerana kehilangan harta, kematian yang disayangi dan sebagainya.



SERANGAN JAHAT

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat. "
( riwayat al-Tirmizi & Ahmad )
pengajaran : jika kita amalkan perbuatan dan perlakuan yang baik diambil dari sunnah Rasulullah SAW, maka kita telah menutup pintu jiwa daripada dimasuki kejahatan.



KURANG KETAWA

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :
" Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis. "
( riwayat al-Bukhari )
pengajaran : pengetahuan yang dimaksudkan ialah tentang keagungan Tuhan, balasan terhadap pelaku maksiat dan kematian. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. 



ANTARA RUPA DAN HATI

Daripada Abj Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati -hati kamu. "
( riwayat Muslim )
pengajaran : jika hati dan jiwa bersih dan tidak berpenyakit, maka dengan sendirinya wajah menjadi berseri-seri.



AMANAH DAN JANJI

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji. "
( riwayat Ahmad & Ibn Hibban )
pengajaran : apabila diberi amanah, lakukanlah sebaik mungkin. Apabila berjanji, tunaikanlah dengan segera.



JALAN TERPILIH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : syahwat yang diharamkan ialah seperti minum arak, zina, melihat wanita ajnabi, mengumpat, melakukan sesuatu yang melalaikan dan sebagainya.



MUKMIN TERHADAP MUKMIN

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : jika seseorang itu tidak menyokong Mukmin yang lain, maka dia bukanlah dinamakan Mukmin.



DUA TEMPAT BERBEZA

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar. "
( riwayat Muslim )
pengajaran : selain tempat beribadah, masjid juga digunakan untuk menimba ilmu dan bersilaturahim. Manakala di pasar tempat timbulnya fitnah-fitnah dunia.



MENYEMBUNYIKAN ILMU

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat. "
( riwayat Abu Daud & al-Tirmizi )
pengajaran : sampaikanlah ilmu yang bermanfaat walau sedikit yang diketahui. Dan sampaikanlah walau sepotong ayat.



 ORANG YANG BAHAGIA

Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam, manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada. "
( riwayat al-Tirmizi & al-Hakim )
pengajaran : muslim sejati dapat merasakan ketenangan dalam jiwanya dan rezeki serta rahmat yang mencukupi dalam 
menjalani kehidupan seharian.





















0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
eh!awak!awak!...ala,yang cute-cute tu.....
yang hensem-hensem tu....
mai la tinggalkn comment kat sini...
confirm bertambah-tambah cute tu....