Tuesday 10 April 2012

mengapa "simgle-mingle" tu best?!!


mengapa single tu best sesangat???!!!
••► Tak rugi duit untuk topup . 

••► Tak pyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja family makan. 

••► Malam2 tak pyh text & call sampai tertido .boleh tido terus . 

••► Tak kena berleter itu ini itu ini bla bla bla. 
••► Takde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon. 





couple?haram ke?



hari nie nak bincangkan topik yang agak mcm "hot" jgak la...
pasal couple...
ha!mesti korg sume taw ape yg dmaksudkan dgn couple tu an?
atau pun korg sndri yg bercouple or pnah bercouple...
klau tgk pun...mejoriti student mmg bercouple..
even bdk tadika pun..bercouple...
parents even masyarakat sndri pun skrg nie,mcm menggalakkan bercouple...

korg taw tak,couple tu haram..
n sbb ape couple itu diharamkan?

  • xde niat yg baik(berkahwin)
        slalunye org bercouple nie xde rancangpun smpai nak kaawen btol2.slalunya just for fun..
       nak hilang sunyi...
  • x mematuhi syariat agama
        dlm islam xde pun sruh kite pegi bercinta dlu sblom kawen.klo dah rase gatal sgt...dh x sabarsgt...
        kawen je...senang..jauh dari maksiat tapi...AWAS!tanggungjawab korg yang lelaki jd besar...
  • menjatuhkan maruah peribadi bagi seorang wanita
          bagi wanita2 di luar sana,,klo korg rase korg hebat sebab ade couple..korg salah!
          couple nie lah yg jatuhkan maruah dan martabat korg sebagai wanita.lagi pun skrg nie lelaki pun klo  
          nak cari pasangan hidup,dorg klo boleh cari yg 'hatinya x pernah disentuh' oleh mane2 lelaki..

Wednesday 4 April 2012

all back to ALLAH...


dalam post kali nie..xde hadith yang ingin di kongsi..
yang ade cume beberapa gambar yang boleh mengingatkan kita kepada ALLAH..





hadith-hadith 2






KALIMAH ALLAH

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : apa sahaja amalan baik yang kita lakukan hendaklah dengan niat kerana Allah Taala.



DUA KALIMAH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Dua kalimah yang ringan dilisan, berat di mizan, disukai oleh al-Rahman; Maha Suci Allah
dan segala puji-pujian untuk-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )   
pengajaran : sentiasalah menyebut dan memuji Allah. dengan cara itu, akan mengingatkan kita untuk melakukan amalan yang baik dan menjauhi larangan-Nya.



ILMU ITU WAJIB

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."
( riwayat Ibn Majah & Abu Ya'la )
pengajaran : kita digalakkan menuntut ilmu walau di mana jua kita berada, kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.



SIFAT LEMAH LEMBUT

Daripada Aisyah r.ah., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah menyuki sifat lemah lembut pada setiap perkara. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : sifat lemah lembut, berbudi bahasa, merendah diri dalam perkara-perkara tertentu akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama muslim.



ORANG GAGAH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Bukanlah orang gagah itu orang yang kuat bertinju. Akan tetapi, prang yang gagah ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. "
( riwayat al-Bukhari  & Muslim )
pengajaran : kawallah kemarahan dengan sifat sabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

hadith



IBARAT PERANTAU

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan. "
( riwayat al-Bukhari )
pengajaran : pengembaraan terakhir bagi kehidupan di dunia ini ialah kubur. Apabila tiba masanya , berakhirlah amalan yang dijadikan sebagai bekalan.




UJIAN PENGHAPUS DOSA


Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : ditimpa kesakitan atau penyakit itu adalah ujian keimanan dan penghapus dosa.




RINGKAS DAN PADAT


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Aku diutuskan dengan perkataan-perkataan yang ringkas dan padat. "
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
pengajaran : kita juga dianjurkan untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang penting dan bermanfaat sahaja. Berkata-kata dengan perkataan yang tidak bermakna akan mendatangkan sia-sia.




KEBAIKAN DAN DOSA


Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a., :
 Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda menjawab :" Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya. "
( riwayat Muslim )
pengajaran : berusahalah untuk sentiasa membuat kebaikan walau di mana jua anda berada.




MEMILIH SAHABAT


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. "
( riwayat al-Tirmizi & al-Hakim )
pengajaran : kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan sahabat yang baik adalah satu ketenangan dalam jiwa.